BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

S E L A M A T D A T A N G .......W E L C O M E .....

Buat julung-julung kalinya maka terhasillah sebuah nukilan....dan terciptalah satu lembaran baru buat sebuah kelab berbasikal yang bakal menggegarkan seantero dunia dengan segala xtvt yang bakal dipaparkan dalam segala bentuk wadah.....Maka dengan ini dan dengan bangganya tertubuhlah sebuah kelab berbasikal dengan nama yang bakal menggegarkan.

"MAPLAY CYCLING CLUB"

TOUGH-UNDENIABLY-AGGRESSIVE

---------------------------------------------------
"e- borang" keahlian kelab terdapat di bahagian bawah Blog ini.

Note: Kesemua borang ini akan disalurkan terus kedalam email kelab: maplayclub@gmail.com Sekian. - Shakri -


Saturday, March 6, 2010

Monsoon Ride 2009


Assalamualaikumdan Salam Sejahtera Semua Maplay Riders,

Saja nak tambah cite dalam blog....nak tahu criter.... terlebih dahulu nak minta maaf pada semua Maplay members coz guna blog ni untuk criter sikit kisah aku.....ini ler pertama kali aku masuk event kayuhan...basikal pun baru ajer beli sebulan... berkilat lagi tuuuuu....tak sangka lak boleh kayuh se jauh tuuuu....mereka berdua ni ler yang bagi perangsang kat aku dan mereka ni ler yang tunjuk basic kayuh basikal....mileage yang aku ada masa ni kurang dari 200km....paling jauh aku kayuh hanya 40km aje....TQ Shakri and Cifu Zairi...masa nak beli basikal dulu pun dia orang ni yang bagi advise....so rasa nye tak salah pilih ler aku denga CR1 ni....


Isteri dan anak bongsu aku pun turut serta untuk bagi semangat....



Memulakan kayuhan........tapi sebelum tu masa nak berlepas beramai2 tu campur dengan bebudak MTB...so jadi kelam kabut sikit.....aku tak sempat nak tanggal kasut dari pedal....apa lagi jatuh ler kamaluan aku....jatuh berdebub....berterabur botol minuman aku....malu ya amat sangat....Cifu Zairi kata kalau tak jatuh belum lagi khatam pengajian....sejak dari itu aku setiasa berhati2....


Selamat tiba ke penamat......completed 120km perghhhhhhh penat nye layan bukittttt....anak aku menanti ketibaan ku....dan soalan yang dia tanya mula2 sekali......ayah nombor berapa????


Pak Brahim pun ada.....dia pun selamat sampai....nak tahu.....masa ni ler aku kenal Pak Brahim niii.....dan aku rasa bermula dari ini ler Maplay Cycling Club mengumpulkan ahli nya satu persatu.... sehingga lah apa yang ada sekarang ni...


Bro Shakri.....boleh pun....kadang2 aku tak faham gak Bro Shakri ni....Kat Gambang ni boleh pun habiskan 120km dengan bukit yang perghhhhhh...tapi bila nak kayuh dengar ada bukit pobia gak.....


Cifu Zairi.....selamat sampai Bro.....Aku anak murid boleh habis Cifu pun mestilah boleh kannnnn...



Selepas dari kayuhan ni, maka MCC pun mangkin kerap kayuh bersama dan makin banyak tempat2 kayuhan yang baru aku tahu...Route Bagan Lalang, Lenggeng, Perez, Tekala, Dragon Back, Putrajaya, Kg. Limau Manis, LEKAS, KESAS, GUTHRIE dan route harian aku dan geng Proton selepas balik kerja Bkt. Lanchong.
Yang paling manis sekali ialah aku dapat ramai kenalan baru Pak Brahim selalu fight dengan aku, Rashin, Nizam, Man Ciocc, Abang Razak, Doc Fauzi, Amir, Rizal, Mr. Woon, Wak & son, Ashraf, Cikgu, Hj Zamani, Dr. K, dan ada beberapa orang lagi yang aku tak ingat nama dia orang.... Tak lupa juga pada kekawan aku d Proton Rusling, Sarapian, Shakri dan Zairi.
Ok ler dah panjang berceloteh macam ler blog sendiri.......jangan marah ha.....minta maaf bebanyak.....Apa pun aku percaya bermula dari kayuhan ni ler MAPLAY Cycling Club tertubuh.
Wassalam.

0 comments: