BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

S E L A M A T D A T A N G .......W E L C O M E .....

Buat julung-julung kalinya maka terhasillah sebuah nukilan....dan terciptalah satu lembaran baru buat sebuah kelab berbasikal yang bakal menggegarkan seantero dunia dengan segala xtvt yang bakal dipaparkan dalam segala bentuk wadah.....Maka dengan ini dan dengan bangganya tertubuhlah sebuah kelab berbasikal dengan nama yang bakal menggegarkan.

"MAPLAY CYCLING CLUB"

TOUGH-UNDENIABLY-AGGRESSIVE

---------------------------------------------------
"e- borang" keahlian kelab terdapat di bahagian bawah Blog ini.

Note: Kesemua borang ini akan disalurkan terus kedalam email kelab: maplayclub@gmail.com Sekian. - Shakri -


Saturday, August 14, 2010

Kayuhan 114 KM - Sunday 01/08/2010

 Kuala Kelawang Loop.


Starting Point: Sg Tekala ,Semenyih Selangor
Route:Semenyih - Broga -Lenggeng - Bkt Madom -Bkt Tangga - Bukit TiTi -Kg Cheneh Death Valley - Genting Perez - Sg Tekala
Time Rolling : 8:15 am
Maplay's:Doc Pauzi, AJ,Azlan,Ibrahim,Zairi
Max Speed - Down Hill (Bukit Madom) : 77.2 kmph
Average Speed: 22.9 Km
Riding Hour: 4H 59Min 27Sec





Maplay bermula dari Sg Tekala tepat jam 815pagi.. 
Wak Jali dan anaknya tak dapat ikut sebab nak kena balek awal.
Raider yg berkayuh ialah Ibrahim,Doc pauzi,Azlan,Yazid aka Anak Jawa dan Zairi
Jarak kayuhan : 114km
Avg : 22.9km
Max :77.2 turun bukit kat bukit madom
Masa keseluruhan berkayuh 4jam59min27sc mengikut spedometer Bro Ibrahim..
Laluannya memang mencabar dan kena kuatkan mental...selepas minum diPekan Lenggeng
cabaran yang pertama bkt madom....
kemudian bkt tangga,bkt TITI..selepas jambatan Kg Cheneh Death Valley hingga keGenting Perez.
kayuhan yg paling mencabar yg tak boleh diucapkan dengan kata-kata.Hanya gambar-gambar yg boleh berkata..Hahaa..perghhhhh.. Kayuhan ini adalah yg paling best.. Maplay's give all the best..Yiihaaaaaa
 
      

Monday, August 9, 2010

Kayuhan 105 KM - 24/07/2010

Jarak Kayuhan :105 km - 24/07/10
Laluan : UNIKEP –  Mambau – Labu – Kg. Jijan – LBJ - D'Palma - Unikeb.
Pengayuh Sepeda : Dari Kiri Bro AJ ,Bro Azlan,Bro Yazid ,Bro Ibrahim.




Satu kayuhan yang menarik dengan Route 50% baru dan 50% Route lama.
Memmang mencabar Mental dan Fizikal.
Dari segi Teori Fiziknya memang kalau tak kuat mental memang hilang Momentemnya..Tengoklah tu..disebabkan hilang nya momentemnya maka basikal pun ditinggalkannya..hahaa
Memang Enjoy...


Friday, July 2, 2010

Malakoff Charity Ride

5TH ANNUAL MALAKOFF CHARITY RIDE 2010
KOTA BAHRU - KUALA TERENGGANU - TANAH MERAH - KOTA BAHRU
530 KM
4 ~ 6 JUNE 2010
RIDERS : PAK BRAHIM, RASHIN, YAZID, BAHARI MAN CIOCC
DAY 1 KOTA BAHRU - KUALA TERENGGANU 170KM (BEACH DAY)
Hari pertama kayuhan amal Ni sungguh merah...maklum lah semua orang terlalu excited nak memulakan kayuhan. Terdapat lebih 100 riders pada kali ini...dari yang berumur 20an hinggalah yang otai2 60an dan buat AJ inilah kali pertama menyertai kayuhan seperti ini...semua nyer cukup..Marshall...Embulance...Makenik...Support car...dah macam Le Tour Langkawi ler gamaknyer...Apa pun AJ, Pak Brahim dan Rashin nak ucapkan terima kasih pada Tuan Azlan coz menaja pasukan Maplay ni....

Maka bermula episod kayuhan hari pertama ni...baru jer nak panas...malang menimpa Rashin...tayar belakang puncit...nasib dia tak baik dapat rim spare 9 gear...nak sampai Kuala Besut untuk Feeding jauh lagi. Nak jadi criter dia tertinggal meraban kayuh sesorang...kalau tak kuat semangat dah balik dah...tapi dia cekal menghadapi apa jua rintangan dan berjaya sampai ke Kuala Besut yang pada ketika itu kumpulan kayuhan dah nak memulakan perjalanan seterusnya.

Masa feeding kat Kuala Besut ni kita orang di sajikan dengan air kelapa muda...lepas kayuh 50km dapat hirup kelapa muda perghh....best....lega...Kat sini gak sempat bergambar dengan jaguh negara Anuar Manan...dan yang paling best skali Gambar AJ tengah pekena kelapa muda tu di rakamkan oleh juruphoto Cycling Asia...tengok ler keluaran bulan depan kot2 sangkut gambar ni...

Perjalanan seterusnyer baru ler Rashin dapat kayuh dalam kumpulan menuju ke Penarik. Kat sini kita orang berhenti makan tengahari dan Solat Jumaat. Jalan kat tepi pantai tu memang enjoyyyy...lurus dan rata jer..semua riders masih lagi melayan kayuhan 28km/hour seperti yang disarankan.

Malang tak berbau...pada kayuhan hari pertama ni 2 kejadian kemalangan yang melibatkan riders...1. CEO Malakoff sendiri di timpa kemalangan punca nyer pitam...2. Dua anggota Maplay Pak Brahim dan Rashin berdentum...botol air punyer pasal...masa ni lagi lebih kurang 3km nak sampai...beskal Pak Brahim teruk gak ler RD bengkok...terpaksa ler naik lori...Rashin pulak kejang kaki....apa ler nasib kau Rashin...dah ler dapat kayuh hari pertama jer...macam2 hal menimpa kau...apa pun kau memang kuat semangat....

Tamat ler episod kayuhan hari pertama...semua selamat sampai di Sumai, Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu....averange kayuhan sejauh 166km ni 27km/hour....inilah kayuhan terjauh yang AJ ni buat setakat ini....pecah rekod tu.....besok nak pecah rekod lagi 190km...TAMAT.

DAY 2 KUALA TERENGGANU - TANAH MERAH 190KM (ROLLING DAY)
5 JUNE 2010.
190km...jauh tu....dan berbukit...apapun setelah berjaya mengharungi kayuhan hari pertama...kayuhan hari  kedua nampak semuanya bertambah yakin....CEO malakoff yang semalam hanya berkayuh separuh saja...hari kedua ni....dia lebih bersedia bersama2 riders yang lain.
 
Pada hari kedua ni AJ kayuh bersaing dengan tag team nyer JEMSUL dari Media Prima...sempat gak shoot gambar Masjid Kristal...

Tempat2 Fiding dan Lunch....memang terangkat lah makan sup kat tempat ni....cuaca kayuhan hari kedua ni...panas sungguh....so atas sebab itu jarak kayuhan dipendekkan 25km...ramai yang bersetuju dengan keputusan itu...


Kenangan ini ler yang paling manis sekali.....sendiri buat tafsiran ler....sapa yang tak enjoy kalau dapat berkayuh bersebelahan dengan jaguh lumba basikal negara....ANUAR MANAN.....

Tak banyak yang boleh di gromal kan pada hari kedua ni....cuaca panassssss....dan free accident...
walaupun jarak kayuhan dah jadi 163km jer...dan tak dapat nak pecahkan rekod semalam....tapi puas lah....
averange 26km/hour...
Sampai awal .....dapat gak jalan2 cari makan kat pekan Tanah Merah....kat pekan ni Pak Brahim beli sunglasses rm690 perghhh cun giler....sunglass rudy project dia hilang masa sarapan pagi tadi....
Tamat criter kayuhan hari kedua ni.....

DAY 3 TANAH MERAH - KOTA BAHRU 170KM (SIAM DAY)
Kayuhan hari ketiga...dah jadi mudah jer...masih lagi berkayuh berkumpulan dengan kelajuan yang di sarankan 28km/hour...gambar ni man ciocc yang rakam...tq bro...itu ler untung nyer ada kenalan yang bawa camera boleh bertukar2 gambar...


Satu lagi gambar dengan AM.

Gambar2 masa fiding dan lunch....dan dekat sleeping buddha....masa lunch pekena ayam kampung dan itik masak kicap....terangkat....sodap....

..
Tak dapat nak bercerita betapa best dan enjoy nyer kayuhan ni.....dah pun tamat tiga hari berkayuh...satu lagi kenangan yang paling mahal sekali....bersalam dengan Anuar di akhir kayuhan....gambar tu pulak di rakamkan oleh Cycling Asia...tunggu lah majalah keluaran akan datang nanti....harap2 masukkkkk...



Upacara penyampaian sijil pencapaian pada malam penutup.
Maka berakhirlah Malakoff Charity Ride 2010. dah tak reti nak bercerita.....jumpa lagi tahun depan...
Wassalam.



Monday, June 21, 2010

Warming Up Ride Fraser's Hill

ROUTE : Kuala Kubu Baru - Fraser Hill - Kuala Kubu Baru
DATE : 19 June 2010
START TIME : 8.40am
DISTANCE : 80 km
AVERAGE : 20km/hour
TYPE OF RIDE : Hill.
RIDERS : Yazid, Zairi, Azlan dan Pak Brahim.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera MCC members,

Bersempena perancangan untuk berkayuh ke Cameron Highland, Fraser Hill menjadi lokasi untuk pemanas badan...Cuma 4 MMC members saja yang mengikuti kayuhan ini. Bagi AJ walaupun tak ikut ke CH, ini lah tempat dia untuk melebarkan record kayuhannya (climbing 40km). Tapi plan nak ke CH minggu ni telah di tunda ke suatu tarikh yg belum ditetapkan.....Kalau macam tu boleh ler AJ ikut dan tambah lagi ler record kayuhannya....
Walau apapun kayuhan ke Fraser Hill ni memang enjoyyyyy habis....sepanjang kayuhan kool jer....cuma kat Dam jer yang agak terbuka.
Bagi AJ puas sungguh ler dia....dengan kereta pun dia tak pernah naik....dapat naik sampai kat puncak dengan basikal jer...macam tak percaya pulak....Ikuti kisah selanjutnya dengan paparan gambar yang sempat dirakamkan.

1. Masih berkisar di kawasan DAM. Permandangan kat sini cun gak. Ini 1st time aku sampai kat sini....


2. Mula jer naik group dah pecah dua AJ dengan Cifu Zairi dan Pak Brahim dengan Azlan sampai ler ke satu tempat yang agak menarik untuk berhenti sebelum menyambung kayuhan...dari sini nak ke Gate FH lebih kurang lagi 8km. Kami berkumpul semula di tempat ini....berjumpa pula dengan gang KKB yang dalam training untuk kayuhan amal SYABAS hujung minggu ni. Masa kat sini lebih kurang pukul 10.20 pagi, kami dah berkayuh 25km lebih kurang.

3. Selepas berehat 5 minit kami pun memulakan kayuhan semula berkumpulan.

4. Sekali lagi group kayuhan terpecah 2 masa ni ler AJ dan Cifu Zairi bersilih berganti tarik menarik mendaki, sehingga lah sampai ke gate.

5. Kereta bersusun menunggu untuk naik, ada 15 minit lagi pintu gate akan di buka. Sempat gak posing kat sini. Buka jer gate pukul 11 pagi kereta yang dah bersusun tadi pun naik, lepas tu kami ikut naik....AJ naik dulu lebih kurang 2 minit dari members yang lain coz dia orang masih lagi belum hilang semput.....he...he...he...tu yang Pak Brahim tak puas hati tu...AJ tabalkan dia KOM....

6. Mendaki dari Gate ke Gap Fraser Hill memang mencabar....7km jer tapi lebih tegak dari Perez....AJ kayuh sesorang jer....jenuh gak ler coz tak der pencabar....layannnnn..... 30 minit jugak nak layan mendaki ni berpandukan jam masa AJ sampai ke Gap....Pas tu Pak Brahim dan Zairi pun muncul...7 minit kemudian....kami risau gak Azlan ni, masa kat gate tadi dia pun dah macam semacam jer...kita orang bertiga pun berkata2 ler...kalau tak kejang otot....insyaAllah dia akan sampai.....itu ler dia AZLAN kuat semangat betul dia ni....tiba juga kepuncak FH 7 minit lewat dari Pak Brahim dan Zairi.

7. Masa pintu gate nak buka untuk turun pukul 2 petang, so kami pun pekena nasi ayam dan sempat gak luruskan apa yang patut, berehat2. Suasana masa ni sibuk gak coz ada function fotografi merakamkan gambar burung2 yang terdapat di sini. Cuaca pulak boleh tahan sejuk gak...lepak pulak atas tile yang dah awal2 sejuk....Tepat pukul 2 gate pun di buka untuk turun....masa turun ni tak der gambar yang dapat di rakamkan....bahaya sikit....so layan jer ler turun.....Ada group Mat Saleh tengah nak naik...kita orang pun lambai jer....bagi dia geram tengok kita orang dah turun...

8. Sebelum meneruskan kayuhan ke ending point kita orang singgah kejab kat Dam.....dan sempat gak shoot beberapa gambar....lebih kurang 5 minit kat sini....pas tu kami pun turun lagi ke Pekan KKB. Masa turun dari puncak FH sampai KKB lebih kurang 1 jam 15 minit. Tak berani nak laju2....AJ layan jer Azlan turun....Pak Brahim dan Zairi dah kat depan.

9. Tontoni ler Video ni....Maaf ler tak boleh nak download...


Itu ler saja yang dapat di ceritakan. Wassalam.

Sunday, June 20, 2010

Kayuhan Muhibbah

ROUTE : Bt. 18 - Perez - Bkt. Hantu - Bt. 14 - Bt. 18
DATE : 12 June 2010
START TIME : 8.00am
DISTANCE : 52 km
AVERAGE : 25km/hour
TYPE OF RIDE : Hill.
RIDERS : Yazid, Zairi, Azlan, Abang Bahari, Doc Pauzi, Cik Aini dan Pak Brahim.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selepas berkayuh rata di Malakoff Charity Ride 530km selama 3 hari.....minggu ni kayuh naik bukit pulak....

Bukit Hantu ni aku tak pernah naik....so memang semangat ......Yang best nyer kayuhan kali ini dapat berjumpa lagi dengan orang yang aku jumpa masa mula2 kayuh naik Perez dulu......masa tu hati aku berdetik memikirkan kalau dia boleh naik....kenapa aku tak boleh....cuma masa tu yang ada semangat jer, tenaga dah paras hidung....itu lah MAN nama dia....Jaguh KOM Perez kali ini Abang Bahari......AJ pulak menang sikit jer dari Cifu Zairi....dapat cilok lagi 50m nak sampai gap.....Pak Brahim....... masuk air......

Berehat sebentar dekat Gap Perez sementara menunggu Cik Aini.....

Dengar criter naik Bukit Hantu ni mencabar giler.....tak ler jauh 3km jer tapi tegak......KOM kat sini.......siapa lagi .......AJ ler.......aku tabik gak Cik Aini ni....dia pun boleh kayuh sampai atas. Ini ler 1st time aku kayuh dan kenal dengan Aini ni....

Wassallam, setakat itu ler criter Kayuhan Muhibah, yang jadi Muhibbah tu sebab dapat jumpa dan berkayuh dengan Man dan Cik Aini.

Wednesday, May 26, 2010

INTERSTATE - RETRO RIDE 22 & 23 MAY 2010

Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bagi pihak AJK penganjur, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan xtvt kayuhan INTERSTATE Retro Ride pada 22.5.2010. Syukur Alhamdulliah ke hadrat Allah, program yang telah kita rancang dapat dijalankan dengan jayanyer, selamat pergi dan selamat kembali. Seharusnyer kita memberi ucapan TAHNIAH kepada semua yang memberikan kerjasama dari mula hingga akhir.
Kepada AJK -  Rashin selaku Penyelaras, Azlan keselamatan & BBQ, Pak Brahim Surporting Crew, Zairi logistic dan merangkap Pengurus MAPLAY, Yazid dan keluarga anakjawa makanan & minuman terima kasih bebanyak di atas sumbangan anda.
Kepada yang lain - Wak Jali & son, Rahman & son, Abang Razak dan Dr. Pauzi sokongan dan kerjasama anda amat kami hargai, terutamanya Dr. walaupun tak ikut sepenuh nya tapi semangat dia untuk memulakan kayuhan amat di hargai, ini mununjuk gandingan MAPLAY semangkin mantap walaupun baru baru jer di tubuhkan.
Pendek kata semuanya berpuashati lah walaupun terdapat halangan2 yang di kira tidak lah begitu mengganggu perjalanan xtvt kita.....yang puncit tayar......berkayuh dalam hujan....yang puncit tenaga...yang sakit lutut.....dan yang berat sikit ada yang tak tapat berkayuh......tengok jer lah orang kayuh.....dan dengor jer criter macam mana Cifu Zairi balun Abang Razak dengan peputusan Photo Finish......sengit tu.....menang pun sebab terlebih IBU JARI jer.....he....he....he......lepas ni kau tahu ler.....Abang Razak tak kan bagi peluang punyer......dari mula lagi dia dah tinggal kan kita.......belum cuba belum tahu.....lepas ni giliran saper lak agaknya nak kalahkan dia ni......anakjawa ke......Rashin ke......Prof.......atau kita bagi ler yang muda2 pasukan pelapis tu pulak.....tak kan tak boleh kot......Cifu Zairi bolehhhhhhhh.

Jeng...Jeng....Jeng.........KAYUHAN DAY 1.
ROUTE : Unikep Selangor - PD N. Sembilan - Pengkalan Balak Melaka

START TIME : 8.15am
DISTANCE : 107 km
AVERAGE : 25km/hour
TYPE OF RIDE : Santai & Relex.
RIDERS : Yazid, Zairi, Rashin, Azlan, Abang Razak, Wak Jali & Son, Dr. Pauzi (suku jalan jer), Rahman & Son (joint masa kat Pasir Panjang).
SURPORTING CREW: Pak Brahim  Son dan anak Rashin.


Semua peserta berkumpul dan membuat persiapan di UNIKEP. Doc. Pauzi begitu kusyuk menunggu peserta bersiap. Cuaca pagi tu lembab coz lepas hujan. Sebelum memulakan kayuhan beberapa taklimat mengenai jalan yg akan dilalui, keselamatan dan kata2 aluan oleh Pengurus Maplay dan di akhiri dengan bacaan DOA memohon ke hadrat Allah keselamatan, selamat pergi dan selamat kembali.
Para Peserta dan Surporting Crew. Demi kekawan MAPLAY, Pak Brahim sanggup berkorban untuk mengetuai Crew2 Interstate Retro Ride nie.......Gua tabik spring lah Pak Brahim....kerana menjalankan tugas dengan jayanya. Riders yang lain pun memberikan kejasama yang sewajarnya sesama mengawal setiap pergerakan kayuhan.... 
Kayuhan Stage 1 SELANGOR. Permulaan kayuhan cuaca lembab ajer, tapi selepas lebih kurang 15 km hujan mula turun maka bermula lah kayuhan dalam hujan. Bagi aku ini lah pengalaman pertama mengharungi rintangan ini. Lihat lah sendiri gambar2 yang tertera.....semuanya di ambil oleh Crew2 yang profersional......yang mahal sekali yang dalam side mirror tu....hebat.....hebat.
 

Stage 1 interstate Selangor dah pun di lepasi....kini masuk pula Stage 2 N9......kat sini ada Juara KOM....siaper lagi kalau tak anakjawa tu......Gambar nie yang menceritakan segalanya.....Abg Razak pun tabik spring......Jalan kat sini sama ajer basah...hujan ada kala nyer berhenti dan kemudian hujan semula lencun ler semuanyer.....


Bab ni yang semua orang kalah dengan Abg Razak nie.....yang aku ingat dan nampak hanya sekali jer dia berhenti dekat traffic light....yang lain semua nyer dia langgar.....itu lah pengalaman katanye.....tapi kita orang dah sepakat masa briefing sebelum kayuh........safety first......sendiri mahu ingat ler.....cerita ikut belakang lori nie pun ader.......tak reti pulak nak olah kat sini.......semua tu sendiri punya tafsiran lah.....aku tak berani maklum ler belum cukup matang......setahun pun belum.....tapi Abg Razak ni dah masak dengan liku2 kayuhan dalam apa jua keadaan. Sampai di Teluk Kemang sempat gak berhenti maplee.....mee hun yang di sediakan oleh Pak Brahim.......kayuhan dah lebih 50km ada separuh lagi yang perlu di harungi..... 


Habis Stage 1 & 2 kini memasuki Fasa yang terakhir Stage 3 MELAKA. Masuk jer sempadan N9 - Melaka ni memang enjoy walaupun keadaan jalan tak berubah basah dan hujan ada sedikit lebat tapi jalan dia ok cantik di tambah pula oleh suasana kampung yang sungguh mengasyikkan. Kayuhan tinggal beberapa km jer lagi nak sampai ke destinasi pendek kata tak der apa nak cakap semua molek....molek....belaka.




Puncit punya hal.......Yang malang sekali Wak Jali ler.....awal2 dah kena....pulak tu tyre dia tubeless....spare tyre tak bawak....mujur ler ada tayar Pak Brahim penyambung harapan untuk meneruskan kayuhan.......tu yang kat Melaka dia pening kepala tu tak dapat kayuh......so jadikan pengajaran ini sebagai peringatan.... JANGAN LUPA BAWA SPARE PART.....kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku.....
Seperti biasa bab puncit tyre ni....tak der orang lain dia jer yang borong.....sampai dua kali pulak tu tak sampai 5km puncit lagi termasuk ler tyre anakjawa puncit jugak.....aku rasa kau kena tukar tayar MTB ler Azlan...Apa yang di beritahu oleh OTAI2 yang dah lama kayuh.....berkayuh dalam hujan memang akan berhadapan dengan puncit tyre coz batu2 halus akan melekat dan masuk dalam tyre bila kita berkayuh.....ada gak kebenaran nyer coz tyre aku terbenam batu......masa mula2 bocor tak perasan...tukar tiub baru......sampai jer kat distinasi masa cuci basikal tayar dah puncit.....check2 ada batu......aku sama dengan Azlan dua kali bocor.....

Bab ni best gak....KAMBING PANGGANG.....Tuan Manager kita tu rajin bebenor.....kalau kat umah belum tentu boleh pegang penyapu........tu ler khidmat masyarakat namanyer.....yang lain pun tak kurang hebat sama2 membantu membuat persiapan untuk makan malam.....apa pun xtvt BBQ ni memang best lah makan pulak Ubi Rebus ikan masin sambal tumis.....pergh....terangkat.....ditambah pulak dengan mee rebus.....dan yang BBQ tu ada kambing, ayam, ikan dan kerang..........best....best....best. Kepada semua yang terlibat terima kasih di ucapkan terutamanyer anakjawa and family......bukan nak isi bakul angkat sendiri......tapi itu ler yang kekawan cakap.....semua nyer sodappppppppp......

Maka berakhir ler cerita Kayuhan hari pertama ni.......


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
KAYUHAN DAY 2.


ROUTE : Pengkalan Balak - Sungai Udang - Pantai Puteri - Sungai Udang - Pengkalan Balak
START TIME : 8.00am
DISTANCE : 57 km
AVERAGE : 25km/hour
TYPE OF RIDE : Santai & Relex.
RIDERS : Yazid, Zairi, Rashin, Azlan, Abang Razak,  Baby, Rahman & Son dan Pak Brahim.
SURPORTING CREW: Sendiri sendiri.

Lihat lah betapa segaknya Team Maplay ni dengan Interstate uniformnya......kalau lah dapat pakai JERSEY seragam round Melaka lagi gempak kan...kan....kan.....ada sesiapa nak handle pasal jersey ni silakan....nak tunggu Bro Shakri entah bila??????




Crew  jurugambar dah habis bertugas so terpaksa anakjawa ni menyambung nyer...tu yang follow kat belakang tu.....nak dapatkan angle shooting yang menarik.....sekali sekala shoot ler gambar sendiri.....Gambar kat bawah ni masih sekitar tempat penginapan DERUAN OMBAK menuju Sungai Udang......
Dah melepasi Sunagi Udang.....melalui jalan Kampung.....ada sawah padi, ada kebun jagung dan macam2 lagi ler ada kat kampung nie....Dekat simpang tempat Makam Hang Tuah tu ada terdapat Masjid yang di antara yang tertua Di Melaka ni....tarikh binaan nyer pada tahun 18??....peergh....hebat...hebat...


Posing kat Pantai Puteri amacam menarik tak??????Tak terkata dengan perkataan betapa enjoynyer berposing kat tepi pantai ni.......tangkap leleh beb.........


Maplee seketika di warung dekat Pantai Puteri.......masa ni semua riders mendengar celoteh Abg Razak.....mana yang baik tu jadikan tauladan dan yang tak baik tu jangan ikut......so banyak ilmu yang dicurahkan untuk masing2 membaiki tahap kayuhan.....

Aduh "MUMET ENDAS SE" (pening coz tak dapat kayuh kat Melaka) kata Wak Jali.....tu ler Wak buat persiapan secukup nyer kalau nak jalan jauh.......kan dah MUMET bila tengok kekawan dengan hebat nyer berkayuh......di tambah pula ada yang boleh bersaing dengan Abg Razak....Wak kau nampak tak masa kat finishing line tu saper yang lepas dulu...Zairi ke Abg Razak?????Walau apapun Abg Razak dengan rasa murah hati telah menobatkan Tuan Pengurus Maplay Cifu Zairi sebagai pemenang nyer.......
Dengan peristiharan itu maka berakhir episod Retro Ride Interstate MAPLAY nie......kita dah ada CHAMPION Interstate CIFU ZAIRI......next punyer Interstate kita bagi dia Jersey Pink......molek....molek....untuk mempertahankan kejuaraan Interstate.......

Sekian lah saja gromal anakjawa nie....yang mana terkurang ke, terkata ke dan apa jua lah yang tak sedap di baca tu saya mohon maaf.......dan bagi pihak keluarga saya pun memohon maaf jika persediaan makanan tu ada yang tidak menepati citarasa dan selera semua.
Kita merancang, ALLAH juga merancang....maka apa yang terjadi itu adalah perancangan nyer yang maha berkuasa.
WASSALAM.