BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

S E L A M A T D A T A N G .......W E L C O M E .....

Buat julung-julung kalinya maka terhasillah sebuah nukilan....dan terciptalah satu lembaran baru buat sebuah kelab berbasikal yang bakal menggegarkan seantero dunia dengan segala xtvt yang bakal dipaparkan dalam segala bentuk wadah.....Maka dengan ini dan dengan bangganya tertubuhlah sebuah kelab berbasikal dengan nama yang bakal menggegarkan.

"MAPLAY CYCLING CLUB"

TOUGH-UNDENIABLY-AGGRESSIVE

---------------------------------------------------
"e- borang" keahlian kelab terdapat di bahagian bawah Blog ini.

Note: Kesemua borang ini akan disalurkan terus kedalam email kelab: maplayclub@gmail.com Sekian. - Shakri -


Monday, November 15, 2010

Broga Loop 14.11.2010

DATE : 14 November 2010
ROUTE : Giant Kajang - Semenyeh - Broga - Lenggeng - Bkt. Puyuh - LEKAS - Sg. Long - Giant Kajang
START TIME : 8.00am
DISTANCE : 75 km
AVERAGE : 25km/hour
TYPE OF RIDE : Santai - Sprint - KOM - Drafting - Rolling.
RIDERS : Yazid, Zairi, Azlan, Pak Brahim, Nizam, Rashin, Bahari and Faizal.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berjumpa lagi dalam kayuhan Maplay yang ke27 dalam tahun 2010 ni (apa yang tercatat dalam dairy kayuhan AJ). Kayuhan kali ini turut di sertai oleh rakan baru Faizal namanya (FB Bates Kebobates).

Setelah bersiap2 apa yang patut maka bermula kayuhan minngu ni. Diketuai oleh Bro Nizam bermula di Giant Prima Saujana Kajang.
Mula jer dah jumpa bukit...biar betul ko Nizam awal lagi dah nak uji otai2 ni....ini lah bukit 3 beradik mengikut kata riders2 kat Kajang ni. Cuba perhatikan sahabat baru kita tu beskal dia Old School jer tapi kayuhan se class dengan yang lain. Sambil berkayuh sembang2 ler dengan Faizal ni...dulu dia kata pernah kerja kat Proton tahun '95~'96 masa Waja .....alamak anak buah ko tu Tuan Manager....sekarang ni dia tukar bidang pengkomputeran pulak...sesiapa yang nak repair komputer boleh lah contact dia.
Dari mula sehinggalah sampai Broga kayuhan santai saja masing2 menjaga putaran kayuhan yang bersahaja...nak jaga stamina lah katakan... 

Lepas jer Pekan Broga ni....apalagi jalan pulak clear dari gangguan kenderaan lain...bermula lah aksi kejar mengejar....dapat di lihat Pak Brahim dengan Nizam menjauhkan diri dari peloton....AJ,Cifu Zairi dan Azlan cuba mengikuti....dan di belakang kami Bro Bahari, Faizal dan Rashin.....perghhh tak terkejar den....laju bebonar Pak Brahim.....tak pulak den tengok meter tu berapa kelajuan nyer...tapi dia orang kata mencecah 40km/h.....Nizam nampak macam dah cool down sikit........give-up ker kena ayak ngan Pak Brahim....masa ni lah AJ, Zairi, Azlan dan Bro Bahari memintas Nizam dan cuba merapatkan jurang dengan Pak Brahim....tapi tak dapat...Bro Bahari jer yang dapat dan seterusnya mereka berdua lah bersaing sampai ke Lenggeng....Memang cukup hebat stage sprint ni....Tahniah lah Pak Brahim memang dari awal dah nampak kayuhan yang mantap dan bertenaga macam spinter negara Anuar Manan. Nak shoot gambar pun tak kesempatan laju tuuuuuu hilang dari pandangan yang sempat cuma bila dah sampai kat pekan Lenggeng.

Stage seterusnye KOM Bukit Puyoh....teringat masa kat Genting Perez dulu cilok saat2 akhir....kali ni sekali lagi kejadian yang hampir sama berulang AJ, Zairi dan Bro Bahari....minta maaf lah bro aku ingat pun macam dah give-up...mujurlah Bro Bahari cucok kat belakang dan Cifu pulak mangkin slow sikit....so cilok lah bila dah hampir ke gap....Bukit Puyoh sekarang ni memang best berbeza dengan kayuhan bulan Feb. dulu.


Satu lagi kayuhan mantap yang pernah kami buat setakat ni....Drafting di Lekas....memang beza dari apa yang kami lakukan dulu masa dengan Bro Zamani....satu pairing yang power....Azlan & Bro Bahari....AJ & Faizal....Zairi & Pak Brahim......Rashin ambil alih tugas cameraman dan Nizam pulak simpan tenaga nak pulun kat Twin Palms. Rasanyer kami lakukan drafting ni pada kelajuan 35km/h....semua riders memberi kerjasama yang baik sekali....


Rolling....Rolling....Rolling tak der gambar kat sini....cuma nak cerita nyer kat sini pun tak kurang hebat nya kayuhan para Maplays....naik....turun.....naik.....turun.....memang enjoy....kat sini Bro Bahari champion nyer....masa AJ kat depan.....masa turun pun dia kayuh perghhhhh memang top lah Bro.....Cifu Zairi cuba gak ikut rapat.....tapi dekat last clibing tak terdaya den.....mangkin bertenaga tu Bro....melepas lah lagiiiiiiiii....tak per Cifu Zairi title tak penting janji boleh kayuh sampai habis tanpa ada musibah.....Bravo to ALL MAPLAYS.

Kalau dalam kayuhan semua nyer dah best belaka.....maplei pun mesti lah best gak....memang tak menghampakan....pekena sup ayam kampung, sup perut, puyoh goreng berempah dan air pulak teh o ais limau....sampai 3 jug tu....clear. Akhir nye apa yang boleh disimpulkan pada kayuhan kali ini ialah BEST OF THE BEST dari 27 kayuhan Maplays setakat ini.
Seperti yang lepas2 kayuhan kita untuk enjoy, tidak berniat untuk menyinggung sesiapa, jadi kalau ada diantara tulisan ni, terdapat kata2 yang tak sedap dibaca anggaplah itu gurauan dari kawan2.
Jumpa lagi di kayuhan akan datang.
Wassalam.


0 comments: