BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

S E L A M A T D A T A N G .......W E L C O M E .....

Buat julung-julung kalinya maka terhasillah sebuah nukilan....dan terciptalah satu lembaran baru buat sebuah kelab berbasikal yang bakal menggegarkan seantero dunia dengan segala xtvt yang bakal dipaparkan dalam segala bentuk wadah.....Maka dengan ini dan dengan bangganya tertubuhlah sebuah kelab berbasikal dengan nama yang bakal menggegarkan.

"MAPLAY CYCLING CLUB"

TOUGH-UNDENIABLY-AGGRESSIVE

---------------------------------------------------
"e- borang" keahlian kelab terdapat di bahagian bawah Blog ini.

Note: Kesemua borang ini akan disalurkan terus kedalam email kelab: maplayclub@gmail.com Sekian. - Shakri -


Saturday, October 30, 2010

MAD Charity Century Ride Day 2

DATE : 24 Octorber 2010
ROUTE : A'Farmosa - Kluang Mall
START TIME : 7.30am
DISTANCE : 183 km
AVERAGE : 25km/hour
TYPE OF RIDE : Rolling.
RIDERS : Yazid, Zairi, Azlan, Pak Brahim, Sarapian, Rashin and Shakri.
Lihatlah betapa segaknya Team Maplay dengan jersey baru...gempaq....

Kayuhan hari kedua bermula di Cowboy Town A'Farmosa. Sempat gak bergambar bersama CEO Malakoff Dato' Ahmad Jauhari.
STAGE 1 melepasi 49km dari A'Farmosa ke Tiang Dua. Cuaca agak mendung, so gambar semasa kayuhan tidak dapat dirakamkan. Gambar yang ada cuma di fit stop saja.

STAGE 2 menghala ke Pekan Bakri....jumlah km untuk sampai ialah 97.5....Bermula dari sinilah Maplay menggayakan kayuhan dengan jerseynya....Go Maplay...begitulah sahutan dari rakan kayuhan yang lain.
Tengoklah tu segakkan...kan...kan...
Nampak Tampan dan Bergaya....enjoyyyy.....
Berhenti makan tengahari di Pekan Bakri....baru ada selera makan kat sini....pekena sup...AJ dan Pak Brahim tengah Q nak membuang....berakhirlah STAGE 2....semuanya selamat dengan ceria-ceria ajer..

STAGE 3 ke Yong Peng km 135. Pada stage ni pun tiada gambar semasa kayuhan....hujannnnnn....

Final STAGE....wow sambutan semasa sampai Di Kluang Mall sungguh menakjubkan..Sungguh teruja macam berkayuh pada satu perlumbaan yang besar....apabila sampai di garisan penamat....

Oh...yes...berakhir sudah satu impian pada hari kedua dengan 183km berjaya di harungi...Tahniah to all MAPLAYS....masing2 merakamkan rekod kayuhan terjauh setakat ini....cuma mungkin Pak Brahim ada rekod lagi jauh....
Cuba tengok beskal-beskal kat belakang tu...memang hebat....
Sempat gak bergambar kat dalam Mall...

Tahniah pada semua Maplays kerana melengkapkan kayuhan MAD dengan penyampaian Sijil penyertaan....sempat gak bergambar dengan awek Kluang...

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah kisahnya cerita bergambar MAD Charity Century Ride 2010. Sekali lagi kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur dan kepada semua yang terlibat, sesungguhnya kayuhan kali ini adalah yang terbaik dari yang terbaik. Kepada Team Maplays all the best...Maplay Boleh...
Wassalam.

MAD Charity Century Ride Day 1

DATE : 23 Octorber 2010
ROUTE : Tropicana Golf Resort - PD - Bagan Lalang - A'Farmosa
START TIME : 7.30am
DISTANCE : 179 km
AVERAGE : 25km/hour
TYPE OF RIDE : Rolling.
RIDERS : Yazid, Zairi, Azlan, Pak Brahim, Sarapian, Rashin and Shakri.

Bismillahirrahmanirrahim,
MAD (Make A Difference) Charity Century Ride 2010, itulah xtvt kayuhan yang kami sertai bermula dari Tropicana Golf Resort dan berakhir di A'Farmosa Melaka untuk kayuhan hari pertama. Terima Kasih pada penganjur-pengajur (Tropicana, Mallakof, Agro dan Kluang Mall) yang telah bertungkus lumus bagi merealisasikan xtvt kayuhan ini.
Di Tropicana tempat bermulanya kayuhan MAD. Seramai 145 peserta menyertai ini termasuklah Maplays Groub seramai 7 riders dan ada juga kawan2 kayuhan yang lain Bahari, Man Ciocc, Abang Rahim, Hj Rahim dan kumpulan2 lain yang begitu gah pagi tu.
Maka bermulalah kayuhan Charity ni STAGE 1 akan melalui Damansara, Sungai Way, Puchong, Putrajaya dan berhenti di Shell Kota Warisan sejauh 51.2 km.
Lebuhraya LDP, sekitar Sungai Way dan Toll Gate.

Di sekitar Puchong menuju Putrajaya. Pergh bukan senang nak lalu kat Toll Gate ni dengan berbasikal boleh masuk dalam catatan sejarah....tak lama lagi boleh cerita kat cucu...he...he...he.....kalau naik kereta dah biasa dahhhh
Di sekitar Putrajaya....

Sampai ke Shell Kota Warisan untuk fit stop. Keseluruhannya untuk kayuhan STAGE 1 ni ENJOYYYYY...lalu Highway....lalu Toll Gate....dan berkayuh secara berkumpulan.
Bermula kayuhan STAGE 2 menuju Port Dickson melalui Bukit Pelanduk....pergh...kat sini lah kumpulan kayuhan mulai renggang....termasuk lah AJ.....ha...ha...ha.

Alhamdullilah...sampai juga kat fit stop ni....setelah melalui ranjau kayuhan yang sungguh menyiksakan....bagi AJ ler....riders lain semua nya OK...sebelum nak sampai kat sini lebih kurang lagi 5km...kaki AJ cramp...berhenti tepi jalan....pas tu kena tinggal dengan PLOTON dan supporting group....jalan ler sorang2....perghhhh layan, baru separuh perjalanan 106.5km.
STAGE 3 Port Dickson ke Pengkalan Balak.

Selamat sampai ke fit stop STAGE 3 Pengkalan Balak.....145.4km.
Final STAGE Pengkalan Balak ke A'Farmosa. Syukur sampai juga akhir nya...maaf tak der gambar semasa kayuhan coz hujan sepanjang jalan....Mission kayuhan DAY 1 completed.....179km....
Tunggu Lapuran Kayuhan Day 2.
Wassalam.

Thursday, October 21, 2010

Inter State UNIKEB..PD n MAPLAY New JC

DATE : 16/10/2010
ROUTE : UNIKEP - PD - UNIKEP
START TIME : 7.00AM
DISTANCE : 120KM
AVERAGE : 25~28KM/HOUR
TYPE OF RIDE : CHARITY RIDE MODE
PLACE TO MEET : UNIKEP BANGI
RIDERS :
1. PAK BRAHIM 2. ZAIRI 3. AZLAN 4. BAHARI 5. ZAMANI 6. KEN 7. WAK JALI 8. BABY (WAK JALI JR) 9. BEN 10. DR. PAUZI 11. IJAN 12. RAHIM 13. AJ
Kayuhan ni lebih pada latihan untuk MAD 23 dan 24 Oct 2010 ni...tu yg group MAPLAY carik distance
above 120km++ tu...bukan apa takut nanti tak terikut lak ngan riders2 yg lain ...
 kelihatan Azlan...DR Pauzi..Otai Rahim...Pak Brahim..ni tengah bincang strategi ni...

 dikalangan kumbang2 terselit lak sekuntum bunga..Cik Ben..dia ni satu office ngan Dr Pauzi...
kayuhan dia pun konsisten gak...boleh tahan laju dia...
 posing bro jangan tak posing....kayuh jauh2 kat blog tak update tak seronoklah pulak...sunyi lak blog nanti..
sekurang-kurangnya ada gak bahan utk dikongsikan bersama...kalau tak banyak pun dpt gak sikit info..

 kat Bangi Lama...
 senyum sikit bro...Bro Yazid ni adalah cameraman tetap geng MAPLAY...kalau takda dia bermakna kayuhan jadik tak bermaknalah...dia ni dah sain kontrak seumur hidup sebagai cameraman geng MAPLAY...tu yg kadang2 tengok kesian gak ..asyik gambar orang lain je yg banyak tapi nak buat cam mana...geng MAPLAY salute sama lu lah brother...
 di persimpangan keluar Tol Bangi/Semenyih...

 Otai2...Dr Pauzi...bro Zamani...dengar cite Bro Zamani ni adalah pengasas group LE TUA...
 drafting beramai-ramai.....
 kalau dah tersenyum ni...apalagi dah tentu2 kalau tak KOM mesti best sprinter ni...


 sorry geng gambar kat PD takda so aku tak dapat nak cite apa2 lah....
____________________________________________________

Gambar2 yg kat bawah ni pulak adalah kayuhan mempamerkan jc baru MAPLAY oleh geng2 PROTON Shah Alam...

 dah macam dlm cite P Ramlee pulak....puk puk puk bujang lapuk...tapi bujang lapuk 3 orang yang ni 5 orang...

 wah segak tul kau orang ngan jc baru MAPLAY haaa...ni baru sikit je ni ...belum semua turun lagi ni...kalau dpt semua group MAPLAY turun lagi meriah...

ok geng kita jumpa dalam kayuhan MAD hujung minggu ni...minggu depan kalau ada gambar kita cite pulak pasal kayuhan MAD...Salam semua...
-"post n story by realx"-
http://familyxtvt.blogspot.com/
ROUTE : UNIKEP - PD - UNIKEP
START TIME : 7.00AM
DISTANCE : 120KM
AVERAGE : 25~28KM/HOUR
TYPE OF RIDE : CHARITY RIDE MODE
PLACE TO MEET : UNIKEP BANGI
RIDERS : 1. PAK BRAHIM 2. ZAIRI 3. AZLAN 4. BAHARI 5. ZAMANI 6. KEN 7. WAK JALI 8. BABY (WAK JALI JR) 9. BEN 10. DR. PAUZI 11. IJAN 12. RAHIM 13. AJ