BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

S E L A M A T D A T A N G .......W E L C O M E .....

Buat julung-julung kalinya maka terhasillah sebuah nukilan....dan terciptalah satu lembaran baru buat sebuah kelab berbasikal yang bakal menggegarkan seantero dunia dengan segala xtvt yang bakal dipaparkan dalam segala bentuk wadah.....Maka dengan ini dan dengan bangganya tertubuhlah sebuah kelab berbasikal dengan nama yang bakal menggegarkan.

"MAPLAY CYCLING CLUB"

TOUGH-UNDENIABLY-AGGRESSIVE

---------------------------------------------------
"e- borang" keahlian kelab terdapat di bahagian bawah Blog ini.

Note: Kesemua borang ini akan disalurkan terus kedalam email kelab: maplayclub@gmail.com Sekian. - Shakri -


Monday, June 21, 2010

Warming Up Ride Fraser's Hill

ROUTE : Kuala Kubu Baru - Fraser Hill - Kuala Kubu Baru
DATE : 19 June 2010
START TIME : 8.40am
DISTANCE : 80 km
AVERAGE : 20km/hour
TYPE OF RIDE : Hill.
RIDERS : Yazid, Zairi, Azlan dan Pak Brahim.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera MCC members,

Bersempena perancangan untuk berkayuh ke Cameron Highland, Fraser Hill menjadi lokasi untuk pemanas badan...Cuma 4 MMC members saja yang mengikuti kayuhan ini. Bagi AJ walaupun tak ikut ke CH, ini lah tempat dia untuk melebarkan record kayuhannya (climbing 40km). Tapi plan nak ke CH minggu ni telah di tunda ke suatu tarikh yg belum ditetapkan.....Kalau macam tu boleh ler AJ ikut dan tambah lagi ler record kayuhannya....
Walau apapun kayuhan ke Fraser Hill ni memang enjoyyyyy habis....sepanjang kayuhan kool jer....cuma kat Dam jer yang agak terbuka.
Bagi AJ puas sungguh ler dia....dengan kereta pun dia tak pernah naik....dapat naik sampai kat puncak dengan basikal jer...macam tak percaya pulak....Ikuti kisah selanjutnya dengan paparan gambar yang sempat dirakamkan.

1. Masih berkisar di kawasan DAM. Permandangan kat sini cun gak. Ini 1st time aku sampai kat sini....


2. Mula jer naik group dah pecah dua AJ dengan Cifu Zairi dan Pak Brahim dengan Azlan sampai ler ke satu tempat yang agak menarik untuk berhenti sebelum menyambung kayuhan...dari sini nak ke Gate FH lebih kurang lagi 8km. Kami berkumpul semula di tempat ini....berjumpa pula dengan gang KKB yang dalam training untuk kayuhan amal SYABAS hujung minggu ni. Masa kat sini lebih kurang pukul 10.20 pagi, kami dah berkayuh 25km lebih kurang.

3. Selepas berehat 5 minit kami pun memulakan kayuhan semula berkumpulan.

4. Sekali lagi group kayuhan terpecah 2 masa ni ler AJ dan Cifu Zairi bersilih berganti tarik menarik mendaki, sehingga lah sampai ke gate.

5. Kereta bersusun menunggu untuk naik, ada 15 minit lagi pintu gate akan di buka. Sempat gak posing kat sini. Buka jer gate pukul 11 pagi kereta yang dah bersusun tadi pun naik, lepas tu kami ikut naik....AJ naik dulu lebih kurang 2 minit dari members yang lain coz dia orang masih lagi belum hilang semput.....he...he...he...tu yang Pak Brahim tak puas hati tu...AJ tabalkan dia KOM....

6. Mendaki dari Gate ke Gap Fraser Hill memang mencabar....7km jer tapi lebih tegak dari Perez....AJ kayuh sesorang jer....jenuh gak ler coz tak der pencabar....layannnnn..... 30 minit jugak nak layan mendaki ni berpandukan jam masa AJ sampai ke Gap....Pas tu Pak Brahim dan Zairi pun muncul...7 minit kemudian....kami risau gak Azlan ni, masa kat gate tadi dia pun dah macam semacam jer...kita orang bertiga pun berkata2 ler...kalau tak kejang otot....insyaAllah dia akan sampai.....itu ler dia AZLAN kuat semangat betul dia ni....tiba juga kepuncak FH 7 minit lewat dari Pak Brahim dan Zairi.

7. Masa pintu gate nak buka untuk turun pukul 2 petang, so kami pun pekena nasi ayam dan sempat gak luruskan apa yang patut, berehat2. Suasana masa ni sibuk gak coz ada function fotografi merakamkan gambar burung2 yang terdapat di sini. Cuaca pulak boleh tahan sejuk gak...lepak pulak atas tile yang dah awal2 sejuk....Tepat pukul 2 gate pun di buka untuk turun....masa turun ni tak der gambar yang dapat di rakamkan....bahaya sikit....so layan jer ler turun.....Ada group Mat Saleh tengah nak naik...kita orang pun lambai jer....bagi dia geram tengok kita orang dah turun...

8. Sebelum meneruskan kayuhan ke ending point kita orang singgah kejab kat Dam.....dan sempat gak shoot beberapa gambar....lebih kurang 5 minit kat sini....pas tu kami pun turun lagi ke Pekan KKB. Masa turun dari puncak FH sampai KKB lebih kurang 1 jam 15 minit. Tak berani nak laju2....AJ layan jer Azlan turun....Pak Brahim dan Zairi dah kat depan.

9. Tontoni ler Video ni....Maaf ler tak boleh nak download...


Itu ler saja yang dapat di ceritakan. Wassalam.

Sunday, June 20, 2010

Kayuhan Muhibbah

ROUTE : Bt. 18 - Perez - Bkt. Hantu - Bt. 14 - Bt. 18
DATE : 12 June 2010
START TIME : 8.00am
DISTANCE : 52 km
AVERAGE : 25km/hour
TYPE OF RIDE : Hill.
RIDERS : Yazid, Zairi, Azlan, Abang Bahari, Doc Pauzi, Cik Aini dan Pak Brahim.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selepas berkayuh rata di Malakoff Charity Ride 530km selama 3 hari.....minggu ni kayuh naik bukit pulak....

Bukit Hantu ni aku tak pernah naik....so memang semangat ......Yang best nyer kayuhan kali ini dapat berjumpa lagi dengan orang yang aku jumpa masa mula2 kayuh naik Perez dulu......masa tu hati aku berdetik memikirkan kalau dia boleh naik....kenapa aku tak boleh....cuma masa tu yang ada semangat jer, tenaga dah paras hidung....itu lah MAN nama dia....Jaguh KOM Perez kali ini Abang Bahari......AJ pulak menang sikit jer dari Cifu Zairi....dapat cilok lagi 50m nak sampai gap.....Pak Brahim....... masuk air......

Berehat sebentar dekat Gap Perez sementara menunggu Cik Aini.....

Dengar criter naik Bukit Hantu ni mencabar giler.....tak ler jauh 3km jer tapi tegak......KOM kat sini.......siapa lagi .......AJ ler.......aku tabik gak Cik Aini ni....dia pun boleh kayuh sampai atas. Ini ler 1st time aku kayuh dan kenal dengan Aini ni....

Wassallam, setakat itu ler criter Kayuhan Muhibah, yang jadi Muhibbah tu sebab dapat jumpa dan berkayuh dengan Man dan Cik Aini.